FRIENDSTER WAJAH BARU??

Assalammualaikum ^_^

HAI kawan-kawan.. ni merupakan entri yang terakhir untuk tahun 2011 ni.. buka facebook semua duk update status pasal NEW YEAR.. korang, korang dan korang.. korang ada FRIENDSTER tak? kalau ada ucapkan tahniah kepada diri sendiri dan tepuklah dahi anda dengan sekuat-kuat hati sebab semua gambar anda tak tahu pergi mana...

Ya FRIENDSTER memang ketinggalan zaman.. mesti ramai dari korang dah tak main kan benda alah tu.. yela FRIENDSTER tu tak up to date.. nak tahu siapa online pun tak leh.. disebabkan ramai yang dah tak main FRIENDSTER, social network tu dah jadi tempat main game.. tak percaya?? cuba tengok INI...


UITM: PROGRAM JERAYAWARA JELAJAH ANAK MELAYU (PART2)

Assalammualaikum ^_^

Ingt tak kisah sedih ni?? k harini asma nak cerita lagi pasal program tu...

Pagi Ahad tu terpaksa la bangun dengan sepenuh tenaga yang ada sebab nak attend program tu.. yela dah bagi nama mesti la kena pergi kan... bangun pagi tu tengok roomate tidur je.. rasa macam malas nak g pun ada.. tapi sebab dah bagi nama mesti lah pergi kan...

Bila sampai dekat dewan tengok ramai yang tak datang.. budak laki sorang dua je.. yela sebab kena bangun pagi kan.. dah la hari minggu plak tu.. kira laki2 yang datang tu kira boleh buat laki ah.. ada komitmen.. budak banking?? jangan tanya la.. ari sabtu ada 16 org dan semuanya perempuan, hari ahah ada 9 org ja.. budak laki? lagi la tak da lansung..

Siapa yang tak pergi tu memang rugi.. rugi sangat.. sebab benda yang kita dapat tu ilmu.. ILMU ya kawan2... bila tengok balik BANGSA MELAYU ni jauh dekat belakang.. even dengan orang INDIA pun kita kalah.. dengan kaum CINA lagi la... kita tengok je orang INDIA tinggal dalam rumah buruk, rumah papan, tapi purata pendapatan diorg lagi tinggi dari orang MELAYU.. kalau korang perasan orang INDIA ni banyak yang jadi pemandu lori kan? korang tak tahu gaji pemandu lori boleh cecah RM4k.. tahu kenapa? sebab risiko jadi pemandu lori ni tinggi... sebab tu gaji mahal..

Ni orang MELAYU nak kerja pun memilih.. nak kerja bawah aircond.. tak mau kerja tempat panas2... tak semestinya korang ni ada DEGREE ada MASTER korang kena kerja jadi CEO terus kan? mestilah korang start dari bawah dulu kan.. at least korang ada pengalaman... banyak lagi penceramah tu cakap pasal attitude orang MELAYU tapi tak kan nak cerita semua kan? 

Kalau korang duduk dan dengar ceramah tu mesti korang rasa bangsa MELAYU ni ketinggalan.. so sama2 la kita bangun.. 


**eh kenapa rasa entri ni mcm emo ja**


UITM: PROGRAM JERAYAWARA JELAJAH ANAK MELAYU (PART1)

Assalammualaikum ^_^

Malam ni rasa nak update belog lah.. lagi pun lama dah tak update.. buka laptop pnline.. buka laptop tengok FAMILY OUTING.. buka laptop tengok RUNNING MAN.. ya itulah rutin harian saya.. disebabkan kelas sem ni sangat2 lah free dan kelas asyik cancel ja, maka bermula lah sesi menonton drama..hebat kan bila dah PART 6.. kelas asyik cancel je :)

Ok balik tajuk kat atas.. pada hari SABTU&AHAD minggu ni UITM ada buat satu program JERAYAWARA JELAJAH ANAK MELAYU.. kalau korang budak-budak UITM dan korang ni sem 6 mesti korang dengar kan pasal program ni? tak pun korang akan "bakal" dengar. FIRST IMPRESSION korang dengar tajuk tu? mesti rasa macam boring kan? serius asma pun rasa macam tu.. tapi sebab sem 6 diwajibkan hadir, so mau tak mau pun kena la pergi juga.. owh lagi satu dapat sijil... MOTIF UTAMA TU..kikiki :)

Program tu start pukul 2.30ptg ari sabtu.. ari ahad start pukul 8.30 pagi.. so dengan kudrat yang ada kami, JEFFES pun jalan g DEWAN SEMARAK UITM PERLIS...bila masuk dewan je "eh kenapa budak part6 sikit je yg datang?" waaa kitorang kena tipu.. program tu tak wajib pun untuk part6.. budak BANKING yang pergi pun 16 org je.. yang lain budak akaun.. sedih betul...yang banyak pun budak part2&3...

Tapi bila dah join program tu rasa seronok pula.. sebab bukan ada ceramah je.. dia ada bengkel ag.. so banyak la aktiviti yang diorang buat... ok sampai sini je dulu.. penat taip.. baru balik kelas je.. balik kelas terus pergi perjumpaan kolej... sekarang ni nak tengok FAMILY OUTING :)


 Hi.. we are JEFFES :)


 Find me.. find me.. find me :)


 This is our tagline :)


 Our tagline ang logo group..


Tak tahu kenapa dekat logo group kitorang ada bintang-bintang..
RAJA NURFADILAH cakap lukis bintang sebab melambangkan sinaran cahaya.. sinaran anak melayu kot.. yela anak melayu kan ada penyakit "M" :)

SELAMAT PENGANTIN BARU :)

Assalammualaikum ^_^

Korang korang..korang ingat tak entri ni? dan ini juga? korang ingat???? yeay 10 markah untuk korang.. ekceli entri hari ini adalah sambungan pada entri yang haritu..

Alhamdulillah semalam my bff dah selamat kahwin dan semuanya berjalan dengan lancar.. serius lawa gila bila dia mekap.. semalam kenduri rumah perempuan dan hari ni belah lelaki pulak... best kan bila tengok orang kahwin ni kan? ada ramai orang, ada bunga telur banyak2, ada makanan sedap2 dan yang paling penting DAPAT NAIK PELAMIN.. lepas tu tangkap gambar puas2... wah seronoknyaaa.. rasa mcm nak kahwin cepat2 je...
















sangat cantik kan? :)

Speechless Saturday #3


Assalammualaikum ^_^




True friends are like diamonds, precious and rare. False friends are like leaves, found everywhere.