ALHAMDULILLAH SELAMAT JUGA AKAD NIKAH :)

Assalammualaikum ^_^

Satu perkataan je asma nak cakap.. ALHAMDULILLAH sebab semua berjalan dengan lancar.. ingat tak entri ni??? ekceli bukan asma yang kahwin tapi kawan asma yang kahwin.. kahkahkah.. so aritu 25.11.2011 asma g la teman dia g akad nikah.. first time tengok orang akad nikah depan-depan.. fehhh nervous pun ada.. rasa macam nak kahwin sekali pun ada.. macam best ja... kihkihkih :)

Asma ada ambik gambar tapi sikit jela.. biasa lah henfon cikai ja :(











HELLO ARAU


Assalammualaikum ^_^

Alhamdulillah seperti mana yang kita tahu esok bermulanya kelas pertama untuk sem 6 ni.. ok semua sila cakap HORAYYYYYY tiga kali =='

Ya sebagaimana yang korang, korang dan korang tak tahu, sem ni asma dapat bilik paling atas sekali..ya asma repeat lagi sekali.. PALING ATAS OK! penat angkat barang tadi.. habis turun 10 kilo... lepas dah angkat semua barang kena kemas pulak.. warghhh penatnya :(

Eh lupa nak bagitau.. ekceli bilik kita dekat dengan bila FIKA, dan IKA... bilik ika 332, fika 333 dan asma punya 334.. yeah JEFFES bersatu!

PENATNYA SEDIAKAN PERSIAPAN KAHWIN :)

Assalammualaikum ^_^

Seawal umur 20 ni korang percaya tak yang korang bakal jadi isteri orang? bagi asma umur 20 tu masih muda untuk kawin...macam-macam boleh buat seawal umur 20.. tapi kalau dah jodoh tak kan kita nak tolak kan?

Kadang-kadang bila fikir balik macam tak percaya pun ada juga... yelah gadis yang berumur 20 tahun yang bakal berumah tangga dan akan berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri dan yang paling penting mendapat restu ibu bapa?? bukan senang bagi ibu bapa untuk melepaskan anak gadisnya kepada lelaki lain seusia 20 tahun kan? apa-apa pun alhamdulillah :)

Bagi asma sekarang memang trend kahwin muda kot..bila asma tengok kawan-kawan asma ramai yang dah tunang.. ramai yang dah kahwin.. so sekarang memang treng orang kahwin awal kan??

Hari ahad aritu kitorang (asma, sepupu asma dan kawan asma) g kedai yang jual barang kahwin ni.. serius bila tengok memang gelap mata.. tak tau nak beli yang mana... semua lawa-lawa... bila nak kahwin ni rasa macam kita tabur duit bagi dekat orang..yela sekejap je dah habis... yela nak sewa baju pengantin lagi, pelamin lagi, set bilik tidur lagi, semua la... semua tu pakai duit.. so sebelum nak kahwin tu kena la simpan duit banyak-banyak.. sebab nanti bila dah dekat tarikh nak kahwin macam-macam kena beli.. macam mana tak da duit oun kita kena juga cari.. ye lah tak kan nak bergantung dekat mak ayah 100% kan? kalau macam tu mak ayah kita la kahwin kan?

Lepas penat jalan g cari barang kitorg g la makan pizza.. yelah kali terakhir kan sebelum bergelar isteri orang.. ngeh3 :D



sepupu asma :)



nyum nyum nyum :P



ni la kawan asma...bff woohhh :)



tak sabar tunggu 25.11 dan 10.12 ni..
yeayyyy :)



RUNNING MAN? APAKAH ITU?


Assalammualaikum ^_^

Korang korang dan korang..korang tengok tak RUNNING MAN? mesti tengok kan.. asma berani gerenti lah sekali tengok nak tengok, tengok dan tengok lagi.. addicted kot weh.. malas nak cakap banyak sebab sekarang pun tengah sibuk layan RUNNING MAN...nak download? klik sini :)



KIM JONG KOOK
auwww melting <3



*monday couple*
JI HYO and KANG GARY
so sweet :)



SONG JONG KI
flower boy..
melting again :")



SUK JIN and JAE SUK :)




HAHA or PORORO..kahkahkah
comel je HAHA ni :)



KWANG SOO and JONG KI :)